no2umno

Najib dituduh bersama Altantuya

In Altantuya, Najib Bodoh on July 3, 2008 at 5:20 am

malaysiakini – Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam – kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.

P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman – yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini.

Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan sebarang kaitan dengannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: