no2umno

Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman

In Belit BN, Belit Tentera, Titah Sultan on July 4, 2008 at 4:13 am

Imageharakahdaily – | …. Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

“Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan,” tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan…. selanjutnya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: