no2umno

Akuan berkanun pertama dibuat secara sukarela

In Balasubramaniam on July 4, 2008 at 11:29 am

malaysiakini | Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.

Awal hari ini, Balasubramaniam telah menarik balik akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam berkata beliau membuat kenyataan tersebut secara paksa. Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan siapakah yang memaksanya menandatangani akuan bersumpah tersebut.

Ekoran itu, Balasubramaniam hari ini membuat akuan berkanun yang baru tanpa sebarang rujukan mengenai Najib.

Sebelum ini, Americk memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu mengenai tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut pagi tadi.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: