no2umno

Perang besar negara antara Najib dengan Anwar

In Anwar Ibrahim, Belit Najib on July 4, 2008 at 12:17 pm

msomelayu | …. Daripada mimik muka masing-masing yang terlekat di skrin tv semalam nampak mereka marah benar. Anwar marah dan berang dengan apa yang berlaku. Begitu juga Najib. Keduanya menganggap pendedahaan dan pengakuan itu sebagai untuk menjatuhkan imej masing-masing . Dan pendedahan itu adalah sebagai rekaan semata-mata. Keduanya berpegang kepada ayat dan bahasa yang sama.

Kalau reka, siapakah yang pandai mereka-reka ‘fitnah’ itu? Apakah Najib mereka cerita untuk memburukkan Anwar, atau Anwar mereka cerita untuk mencemarkan Najib? Begitukah?

Pokoknya peperangan mereka akan merebak dan boleh menghancurkan negara. Ini kerana keduanya bakal menjadi pemimpin negara. Orang yang diharap dan dipuja oleh rakyat (penyokong masing-masing) akan menerajui kepimpinan negara selepas ini. Dengan meletuskan peperangan membawa kepada pendedahan ini, keduanya sudah tidak ada kredibiliti dan berpotensi lagi.

Reputasi mereka juga buruk sekali di mata rakyat. Keduanya sudah cedera dan tempang. Sudah hampak dan busuk. Dalam soal ini Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat berpihak kepada sesiapa. Setakat ini PM itu berdiri di tengah-tengah. Walaupun apa yang berlaku menyesalkannya namun ia memberi sedikit keuntungan kepadanya. Secara diam Abdullah boleh tersenyum sendiri memerhatikan aksi perang kedua mereka.

Mendengar Anwar difitnah begitu rupa mejadikan Abdullah resah. Sekiranya beliau mempunyai hajat untuk membawa Anwar balik ke dalam Umno, perkembangan sekarang mematikan niat itu. Abdullah mengharapkan kepada Anwar untuk menjadi beteng sekiranya Naib merempuhnya!

Di pihak Najib pula, kalau sebelum ini beliau dikatakan bersiap sedia untuk melanggar Abdullah, namun dengan apa yang berlaku kini menyebabkan beliau terpaksa berfikir kembali. Beliau kena ralat semula dan menarik balik niat itu. Isu yang bergelumang ke atas dirinya kini tidak memungkinkan untuk beliau berhadapan dengan Abdullah.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: