no2umno

Peraturan gila apa ini, Pak Lah?

In Abolish ISA on July 4, 2008 at 4:15 am

Imagedetikdaily | Shahrial. Menyirap darah saya bila dapat tahu pihak Cawangan Khas dan Kem Tahanan Kamunting sengaja melengah-lengahkan perjalanan pulang Shahrial yang sudah ditahan tujuh tahun, hingga menyebabkan si bapa yang malang itu tidak dapat menemui anaknya yang terlantar di Hospital Kajang.

ImageKita mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan mengapa tahanan ISA itu begitu sukar untuk melawat anaknya yang sedang koma itu? Apa prosedur yang menghalang KDN memberikan kelulusan secepat mungkin selepas mendapat makluman bahawa Aina Mardiah dalam keadaan tenat?
Image Peraturan gila apa yang menyebabkan Shahrial begitu sukar untuk balik segera walaupun pihak Kemta sudah dimaklumkan sejak petang Rabu lagi? Apakah semuanya kena mendapat perkenan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar sebelum tahanan Kamunting boleh menziarahi anaknya yang berada dalam keadaan cukup kritikal?

Lebih menyakitkan hati saya apabila pihak SB melakukan pembohongan apabila memaklumkan kepada keluarga Almarhumah Aina bahawa Shahrial bertolak dari Kamunting pada jam 1 tengahari, dan sepatutnya boleh tiba di Kajang lebih kurang jam 5-6 petang. Ironisnya, Aina menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 6.20 petang dan bapanya hanya tiba jam 9.40 malam.

Gambar menunjukkan anak kedua Shahrial, Ehsan, 16 tahun, memapah adik perempuannya yang hampir pengsan selepas kakaknya disahkan meninggal dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: