no2umno

Pernah bersumpah, tapi tetap disepak terajang – Anwar

In Anwar Ibrahim, demo minyak on July 6, 2008 at 10:12 pm

Saya Tidak Bersumpah Atas Nasihat Ulama, Kata Anwar
bernama | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengangkat sumpah atas nama Allah dalam kes tuduhan liwat ke atasnya oleh bekas pembantunya 28 Jun lepas kerana dinasihatkan oleh ulama dalam dan luar negara supaya tidak berbuat demikian.

Beliau mendakwa 10 tahun lepas, beliau pernah bersumpah atas tuduhan liwat tetapi tetap dituduh, diterajang, dipukul dan dipenjarakan yang kesemuanya tidak mengikut Islam dan al-Quran.

“Saya nak jawab perkara ini setelah merujuk dengan ulama dalam dan luar negara. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria juga mengulas perkara ini dan begitu juga bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya,” katanya semasa berucap pada perhimpunan ‘Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008’ di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam.

Beliau berkata sekiranya perkara itu hendak dibawa pertuduhannya di bawah Mahkamah Syariah, Anwar berkata beliau sudah mencadangkannya pada 1998 apabila pertuduhan liwat dikenakan ke atasnya.

“Saya meminta empat orang bukti dan saya sedia didakwa. (Sekiranya tidak) saya anggap kes ini tidak ada asas sama sekali,” katanya.

Katanya beliau tidak mahu ada pemimpin Umno yang mahu mendabik dada meminta beliau berbuat demikian kerana bersumpah atas nama Allah bukan perkara politik tetapi mengikut kaedah syarak dan memerlukan nasihat oleh ulama yang berwibawa.

Sementara itu, walaupun tidak berpuas hati kerana permintaannya mahu berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengenai harga minyak tidak dipenuhi, Anwar berkata debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dijadualkan 15 Julai ini juga memadai.

“Lebih baik debat dengan PM dan TPM, separuh kabinet pun boleh. Ini bukan masalah politik biasa tetapi ini masalah rakyat yang membebankan. Biar dengar betul-betul (cara nak turunkan harga minyak),” katanya.

Beliau mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya membuktikan tuduhan bahawa beliau menghubungi kerajaan Amerika Syarikat berhubung amaran daripada Jabatan Negara negara berkenaan yang menolak segala tuduhan dan siasatan ke atasnya yang bermotifkan politik.

“Sekiranya ada bukti saya hubungi atau ada surat kepada mereka, saya sanggup didakwa… buktikan dan jika tidak saya akan saman,” katanya.

Perhimpunan sehari suntuk yang bertemakan “Protes Sejuta Rakyat” itu diadakan pembangkang bagi meraih simpati rakyat untuk bersama-sama membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: