no2umno

Peserta tidak puas hati bantahan dibuat di stadium

In demo minyak on July 6, 2008 at 8:39 am

harakahdaily | … Para peserta Perhimpunan Protes Turun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), Kelana Jaya hari ini melahirkan kekesalan atas tindakan pihak berkuasa yang meminta pihak penganjur perhimpunan mengadakannya di dalam stadium secara tertutup. <!–

–>

Seorang peserta yang datang daripada negeri Pantai Timur yang enggan dikenali berkata, tindakan polis dan kerajaan yang memaksa jawatankuasa penganjur mengadakan perhimpunan di dalam stadium bertujuan mahu menutup gambaran sebenar ‘amarah’ rakyat terhadap kerajaan.

Katanya, jika demonstrasi itu dibuat secara terbuka, atau di jalan raya, rakyat akan dapat melihat dengan jelas ‘kemarahan’ yang ditunjukkan terhadap kerajaan atas sikap sembrono itu.

“Siapa yang akan dapat tengok betapa tidak puas hatinya kami sebagai rakyat yang kian teraniaya dengan kezaliman kerajaan.

“Tujuan demonstrasi jalanan adalah untuk membuka mata rakyat di luar sana bahawa mereka perlu melakukan sesuatu yang akan merubah nasib dan masa depan negara ini,” katanya.

Pada masa sama, dalam satu ucapan ringkas kepada para peserta perhimpunan di stadium, jurucakap Suaram. Kohila Yanesegaran berkata ini merupakan kali pertama dan terakhir perhimpunan seumpama itu diadakan.

Harakahdaily turut dimaklumkan penganjur bahawa terdapat beberapa buah trak tentera yang berkawal di pintu masuk ke stadium berkenaan pada awal pagi tadi.

Tinjauan juga mendapati terdapat pegawai=pegawai polis yang ditugaskan mengawal situasi dari jarak jauh di atas bangunan Menara Glomac dan Kelana Business Centre dengan menggunakan kamera…. selanjutnya.

berita lain
Protes kesal polis halang orang ramai hadir perhimpunan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: