no2umno

Bala & Family hilang! Everything gonna be fine…Be Cool?

In Balasubramaniam on July 7, 2008 at 9:36 pm

Ini yang dikatakan oleh anak saudara PP Balasubramaniam,

Brothers R.Kumaresan, 27, and Segar, 24, of Batu Caves said their uncle had shared with them about what he had mentioned in his first SD about six months earlier, and they believed he would one day make it public. – selanjutnya

Dan ini dinyatakan oleh Peguam Balasubramanian,

Kali pertama saya berjumpa dengan Encik Bala adalah dalam sekitaran dua bulan lalu di sebuah restoren di dalam kehadiran beberapa orang yang lain di mana beliau meminta saya untuk menolong beliau untuk mendokumenkan keterangan beliau. Saya memulakan proses tersebut dua minggu selepas itu. Saya menemui beliau beberapa kali dan akan mencatat apa yang beliau beritahu. – Americk Sidhu

https://i2.wp.com/farm2.static.flickr.com/1050/631130903_b4815854f7_m.jpgApa yang aku tengok sejak awal kehilangan Balasubramaniam, adalah sifir mudah. Kalau polis mahu siasat, polis tahu apa yang sepatutnya yang perlu dibuat. Bila melibatkan profile tinggi, itu yang jadi masalah. Maka sibuk lah cerita pasal cari sana, cari sini, guna Interpol dan sebagainya.

Merujuk pada kenyataan di atas, gua percaya ramai antara pembaca dan peminat berita sudah meletakkan satu nama di dalam kepala. Cuma jangan sebut, takut ada orang yang marah. Al maklum, fitnah dah berleluasa. sampai kita sendiri keliru tentang siapa yang sebenarnya menebarkan fitnah. Bila perkara betul menjadi fitnah dan fitnah menjadi betul, kita tak berani untuk tambah fitnah. Takut berlaku perkara yang bukan bukan. Sedangkan sumpah dah jadi mainan. Hari ni sumpah lain, esok sumpah lain. Yang kaya, pesuruhjaya sumpah.

Memang sumpah yang bertambah tambah untuk menjadikan rakyat keliru. Untuk tambah masa, bagi cari peluang kalau kalau ada jalan keluar. Yang bersalah, buat muka selamba, yang betul buat muka pening. Sekarang kita tak tau siapa yang salah dan siapa yang benar.

Bila dah pening, maka usul angkat Mubahalah di cadangkan. Katanya, nak selesai masalah. Kata Anwar … dulu dah pernah bersumpah, tak masih kena belasah. Mufti pun bertelagah. Sorang kata boleh dan sorang lagi kata “tak payah”Aduhhh…. apa lagi jalan yang mudah untuk keluar kemelut dan pening kepala akibat politik.

Kalau korang kata, si kafir jahat dan bohong, apa bezanya dengan si Islam? Aku rasa, orang Islam lagi kuat bohong. Kecuali kalau Tuhan petirkan mereka yang fitnah dan tipu, mungkin ketika itu baru manusia tak berani nak menipu. Bila sekali tipu, selamat. Dua kali tipu selamat … orang ghairah untuk tipu. Tapi sampai bila? 1,000 tipu akhirnya untuk menutup 1 tipu.

Sekarang Balasubramaniam sudah hilang. Dia lari, di sorok atau dah di bom? Tak der sapa yang tahu. Ada yang tahu, tapi buat buat tak tahu. Persoalannya, sampai bila dan apa kesudahannya? Bukan Bala seorang, tapi isteri dan anak anaknya.

Siapa yang bimbang Bala di gunakan? Guna untuk dedahkan atau guna untuk bersubahat. Tapi bila Bala sudah keluar, macam macam cerita boleh dengar. Kalau ada pihak yang mahu cerita ditutup, ramai saudara dan rakan rakan akan keluar cerita apa yang bala tahu. Bala pasti serba salah, hari ini kata lain, esok kata lain. Berapa ramai yang tahu niat sebenar Bala. Kawan, saudara mara dan sesiapa sahaja. Disitu lah punca nya rahsia terbongkar. Korang tunggu, sampai bila kah Bala akan disembunyikan? Masih hidup atau sudah hilang.

Ada pelayar yang mahu Bala di cari di Bukit Cerakah ….. Dalam kelakar ada sinis nya. Menarik … tapi jangan fikir sampai pening, kerana ada yang lebih pening dari kita yang sudah pening.

Gua kasi soalan cepumas, Kalau Saiful disorok polis, siapa sorok BALA?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: