no2umno

Bala yang hilang

In Balasubramaniam on July 7, 2008 at 9:19 am

matsamankati | … Pak Nawi ambil kunyit dan tempurung. ” Hoi!!! Ibu kunyit dengan anak kunyit pun tak reti ka? Yang kamu ambil tempurung betina nak buat apa?”

Selama aku sekolah, tak pernah cikgu ajar, yang mana tempurung betina atau jantan. Yang mana ibu kunyit, yang mana anak kunyit.

“Piah!… Pergi ambil kejap ibu kunyit dengan tempurung jantan!. Dah berjanggut pun tak kenal jantan betina.” Jerit Pak Nawi kepada Mak Piah.

Dari belakang dapor, terdengar Mak Piah merungut. “Habis kunyit aku seperdu. “

Mak Piah dah tau adat-istiadat. Dia basuh ibu kunyit, belah empat. Bawa tempurung jantan dan bagi kat Pak Nawi. Mulut Pak Nawi kumat kamit. Apa yang dibacanya, wallahualam. Kunyit ditangan kiri, tempurung ditangan kanan. Dia baling kunyit yang dipotong empat keatas lantai dan cepat-cepat menutup kunyit tersebut dengan tempurung jantan. Semua kunyit tadi terserkup dibawah tempurung.

Hei!!! Yang tu aku tak heran. Tapi Pak Nawi buat dengan mata tertutup!

Bila dia buka tempurung, tiga daripada kunyit tersebut terlentang, satu tertungkup. Kemudian Pak Nawi tanya kat aku, bila Bala hilang. Aku jawab, hari Khamis malam Jumaat.

Pak Nawi membilang urat jarinya, macam orang sedang berwirid.

“Dia tak hilang. Cuma disorok. “

“Kat mana?”

“Dalam sebuah rumah, tepi air” kata Pak Nawi.

“Dimana?”

“Itu bukan kerja kamu.”

Aku diam. Dah biasa dengan bomoh dan pawang. Cakap tak pernah habis. Tapi aku nak tau, macam mana depa boleh nampak benda-benda macam ni.” Macam mana Pak Nawi boleh nampak, sedangkan mata Pak Nawi berbalut kain hospital?”.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: