no2umno

Jangan politikkan tentera untuk jamin kekuasaan parti pemerintah

In Belit Tentera, demo minyak on July 7, 2008 at 3:54 am

harakah | Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya dan perkhidmatan awam umumnya tidak boleh dipolitikkan untuk menjamin kekuasaan parti politik yang memerintah. Ini bertentangan dengan prinsip Perlembagaan yang mahukan perkhidmatan awam tidak memihak (neutral).<!–

–>

Ketika menegaskan perkara ini, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, menyifatkan tindakan itu amat berbahaya kepada rakyat kerana jika perkhidmatan awam sudah terbabit dengan politik, maka kebajikan dan hak-hak mereka akan dinafikan.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan Aziz meminta Yang di-Pertuan Agong agar perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan tentera dari terlibat di dalam kontroversi politik yang melanda negara sekarang, ekoran kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu tentera bersama polis mengawal ketenteraman awam.

“Memang cadangan membabitkan tentera untuk membantu polis itu dibuat atas nama ketenteraman awam. Tetapi hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan percaya kerana semua orang tahu bahawa kemelut dan kebimbangan sekarang hanya dirasai oleh parti yang memerintah yang bimbang mereka akan kecundang dengan silat politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat,” tegasnya lagi.

Aziz berkata institusi-institusi negara seperti Yang di-Pertuan Agong, badan kehakiman dan perkhidmatan awam perlu sedar bahawa mereka mesti mempastikan bahawa proses demokrasi dan politik berjalan dengan lancar.

“Mereka mesti berkecuali dan membiarkan orang politik bertarung di dalam gelangggang,” ujar beliau.

… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: