no2umno

Kenapa Bala Hilang, Dan Siapa Melarikannya?

In Balasubramaniam on July 7, 2008 at 9:31 pm

msomelayu | …. Paling merujakan dan menyebabkan kita seperti bingung dan hilang akal lagi apabila Bala pula dilaporkan sudah hilangkan diri sejak Jumaat lalu? Turut hilang ialah keluarganya, anak dan isteri. Ke manakah Bala setelah bersumpah dan apa sebenarnya yang sudah menimpa dirinya?Kehilangan Bala itu bukan kehilangan biasa kerana ia menyebabkan anak saudaranya terpaksa membuat laporan polis.

Polis sendiri terpaksa menggunakan bantuan polis antarabangsa (Interfol) dan polis Asean (Aseanapol) untuk menjejak Bala? Apakah kenyataan dari pihak polis ini juga untuk mengelirukan di mana Balasubramanian berada sekarang? Masakan polis tidak dapat mengesan kerana kehilangan Bala belum sampai 24 jam selepas menarik balik pengakuan akuan berkanunnya itu Jumaat lepas.

Jangan pula dalam hal ini polis juga bermain kongkalikong. Polis juga sukar untuk dipercayai memandangkan kepada rekod-rekod ‘perkhidmatan’nya sebelum ini!

Berbagai andaian dan spekulasi wujud di sebalik diri dan apa yang berlaku ke atas Bala itu. Ini menambahkan lagi kerumitan kepada orang ramai ingin membuat kupasan berhubung kes tuduhan Anwar meliwat dan juga kes dakwaan isteri Najib mengetahui kisah pembunuhan Altantuya.

Ada kemungkinan Anwar mengupah Bala agar membuat kenyataan itu untuk memberi keburukan dan damagekan Najib – itu tanggapan orang Najib. Dan ada juga kemungkinan Najib membeli balik Bala untuk menutup pendedahan lelaki India itu dengan memintanya membuat pengakuan pertamanya adalah palsu. Pengakuan sedemikian oleh Bala menguntung dan menggembirakan Najib.

Bala ada menecerita beliau tertekan dalam membuat sidang akhbar mendedahkan akuan bersumpahnnya itu. Kenapa? Tidak jelas apakah semasa membuat akuan pertama atau semasa membuat akuan kedua menarik balik akuan pertama itu.

Dalam perkembangan lain, ada maklumat mengatakan selepas selesai beliau membuat akuan pertama beliau didatangi oleh seseorang. Pertemuan itu berlaku pada malam selepas beliau membuat pendedahan akuan berkanun pertama. Seseorang ini menjadi misteri di pihak manakah dia? Jika dianalisa kedatangan itu seleps beliau membuat pendedahan itu ia mungkin ada kaitan dengan Najib. Kerana selepas itu beliau mengubah fikiran membuat sumpah baru pula yang menguntungkan Najib…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: