no2umno

Minyak oh Minyak

In Minyak naik on July 7, 2008 at 10:38 pm

kickdefella | ….Kenaikan harga minyak disebabkan oleh peniaga minyak antarabangsa yang menjual beli minyak sesama mereka seperti dahulu mereka menjual beli matawang negara tertentu termasuk negara kita. Terdapat maklumat yang mengatakan mereka menyewa tanker besar untuk simpan minyak menunggu kenaikan harga.

Kenaikan harga yang amat tinggi mempunyai kesan negatif kepada negara seperti China dan Jepun yang bersaing dengan Amerika Syarikat dan Eropah.

Di masa yang sama pendapatan dolar yang bertimbun-timbun oleh Negara pengeluar minyak terpaksa disimpan di Amerika. Wang ini digunakan oleh Amerika untuk menampung ekonomi mereka yang menghadapi defisit dalam belanjawan negara dan defisit dalam dagangan Amerika.

Kebanyakan daripada syarikat pengeluar minyak dimiliki oleh rakyat Amerika dan mereka mendapat keuntungan yang amat besar daripada penjualan peratusan minyak yang dikeluarkan oleh mereka bagi negara-negara pengeluar yang tidak mampu mengeluar sendiri. Di Malaysia juga terdapat syarikat-syarikat asing yang untung besar daripada bahagian mereka dalam perjanjian “production sharing”.

Hanya di Malaysia Petronas memiliki bahagian yang lebih besar kerana kita tidak serah semua kegiatan pengeluaran kepada syarikat asing semata-mata. Industri petro-kimia juga adalah milik Petronas.

Kerana Petronas terlibat secara menyeluruh dalam industri minyak ia diundang untuk mengambil bahagian dalam pengeluaran, penapisan dan lain-lain kegiatan industri minyak di 34 buah Negara.

Keuntungan daripada operasi luar Negara kian meningkat dan pendapatan dibawa balik dan di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. (Read more)

Politik Minyak

Oleh Husam Musa (husammusa.com)

Menaik atau menurunkan harga minyak, adalah pertimbangan politik.

Harga minyak dunia tidak akan terkejar, jika Negara ingin mengikut paras harga dunia. Waktu tulisan ini ditulis, ia sudah mencecah USD 146 satu tong. Sudah USD 11 lebih tinggi berbanding semasa Kerajaan mengumumkan kenaikan terakhir pada 5 Jun lepas.

Pilihan adalah samada untuk melindungi ekonomi Negara kita dan kesejahteraan rakyat atau mengejar harga dunia.

Oleh kerana Negara kita mempunyai minyak sendiri dan minyak yang kita keluarkan mencukupi untuk memenuhi keperluan kita sendiri, kita boleh memutuskan diri kita dari kenaikan harga minyak dunia. Kita tidak perlu terikut dengan harga dunia untuk menentukan harga domestik…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: