no2umno

Najib ke Pameran Berlian?

In Altantuya, Belit Najib on July 7, 2008 at 12:39 am

https://i2.wp.com/theultimatediamond.com/Diamond%20Diamonds%20Man%20Face%20Solitaire%20.jpgDah lama jugak aku cuba relax kan minda .. tapi masih terfikir bagaimana ada pihak yang cuba menutup kejahatan TPM. Kalau sudah sampai letup meletup … ugut mengugut tu perkara biasa. Maka tak hairan lah kalau Balasubramaniam, berubah wajah, pucat biru bila buat kenyataan akuan sumpah ke 2. Cuma apa yang aku nak korang perhatikan pada satu kenyataan bersumpah Penyiasat Persendirian, Balasubaramaniam itu, pada kenyataan sumpahnya yang pertama dulu … “Diamond is not ONLY girl’s best friend”

Dalam akuannya itu, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa penganalisis politik itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuk penyiasat itu terus bertugas dengannya. – nmjnh

Jika menurut kenyataan, Pihak Polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan … Samada betul atau tidak ianya terserah kepada pihak polis. Nak siasat, mereka siasat. Kalau tak nak, siapa boleh marah? Antara terpaksa siasat dan ikhlas siasat pun ada bezanya. Sejak bila pulak polis tunduk pada kehendak rakyat?

Maka merujuk kepada keratan di atas, kalau benar benar mereka mahu siasat.. sudah pasti ada pihak yang ditugas kan untuk memastikan samada terdapat pada tarikh Oktober 2006, kehadiran Najib Razak di pameran berlian di Singapura. Begitu juga dengan kemungkinan Altantuya Hadir sama. Kalau nak siasat, pergi aje ke pejabat imigresen Singapura, minta kerjasama.

Tapi …sekali lagi aku nak kata, tak semua siasatan itu betul betul dilakukan kerana siapalah Najib dan siapalah polis? Melainkan Abdullah Badawi sendiri arah polis untuk serius buat siasatan dan bukannya duduk berlonggok di meja untuk mereka – reka lapuran.

Satu benda lagi yang mengelirukan aku, akan apa kaitannya Najib dengan pameran Berlian?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: