no2umno

Tindakan provokasi, bukan pembangkang

In demo minyak on July 7, 2008 at 6:33 am

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 26malaysiakini | Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak semalam, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.
“Saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir,” kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum kejadian baling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, tiga orang yang beliau syak punca yang mencetuskan provokasi tersebut.

Alak, waktu itu sedang menyanyikan ‘Mari nyanyi menjilat’, diserbu oleh tiga orang yang tidak senang dengan lagu tersebut apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.

Akibat provokasi tersebut, penonton menyerbu kepada Alak dan kumpulannya dan juga membaling batu bata dan botol air minuman.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.

Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi – sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu – Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya – yang berunsur satira politik.... selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: