no2umno

Gelagat Pemimpin Barisan Nasional Di Parlimen ( Isyarat Lucah)

In Sidang Parlimen on July 8, 2008 at 8:26 am

atranungkite | … Baru sebentar tadi saya menyaksikan siaran langsung daripada parlimen di TV1. Persidangan diteruskan seperti biasa namun ada adegan yang tak seronok mata memandang dengan gelagat pemimpin Barisan Nasinal. Beliau sudah dikenali sebagai seorang yg suka mencari publisiti murahan dalam apa jua isu yang dibentangkan. Beliau adalah YB Barisan Nasional dari Kinabatangan.

Saya tidak pasti apakah topik yang diperbincangkan pada masa itu kerana terlewat sedikit untuk menyaksikan siaran langsung tersebut. Apa yang pasti, beliau (YB Kinabatangan) telah menunjukkan isyarat lucah kepada salah seorang pemimpin daripada pembangkang. Yang Dipertua Dewan menegur tindakan kurang sopan yang ditunjukkan oleh beliau dan memberi amaran agar tidak menunjukkan sifat kebudak-budakan di parlimen.

Bukan itu sahaja, ramai daripada pemimpin Kerajaan tidak hadir semasa sesi persidangan berlansung. Dapat dilihat dengan jelas hampir separuh kerusi kosong yang majoritinya adalah daripada wakil dari Kerajaan. Sungguh memalukan apabila pemimpin yang dipilih oleh rakyat memperlihatkan sikap moraliti yang rendah dan tidak beretika sedangkan 21 juta rakyat melihat gelagat mereka di dewan... selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: