no2umno

Kes liwat dibawa ke Mahkamah Syariah, apa kesannya?

In Analisa on July 8, 2008 at 9:37 pm

detikdaily | ….Satu hal yang penting di sini ialah, matlamat mencederakan imej reputasi Anwar tidak berjaya jika sumpah ini benar-benar terjadi. Abdullah, khasnya Najib mungkin tak suka jika acara sumpah terbuka mubahalah ini terjadi.

Saya mengaku kurang arif mengenai hukum-hakam agama. Ilmu agama yang saya tuntut cuma setakat 4 Sanawi di Maktab Mahmud saja. Jika ada peluang ke Mesir, al-Azhar dulu, mungkin saya boleh menulis novel Ayat-Ayat Cinta (karya Habiburrahman El-Shirazy) yang kini hangat ditayangkan di pawagam dan boleh pula menjelaskan hukum-hakam agama, I’Allah.

Tetapi, bagaimanapun biarlah saya menggunakan deria rasa dan andaian-andaian saya yang mungkin salah pada pandangan agama. Begini…

Menurut hemat saya dan setakat yang saya faham, jika ada hukum syarie maka tenggelamlah segala perundangan hukum sivil (mahkamah sekular) bagai tenggelamnya kapal selam Scorpene di dasar lautan. Demikianlah sebaliknya. Apatah lagi, Anwar dan Saiful _____ sama-sama Muslim.

Anwar sudah pernah diadili melalui mahkamah sekular dan satu jagat tahu bagaimana tilam diusung ke mahkamah, penganalisa DNA telah dipecat dan pendakwaan ke atas kes l.w.t ini telah dipinda sebanyak TIGA KALI.

Diulangi, pendakwaan telah dipinda, diubah sebanyak TIGA KALI!

Apa kata jika Abdullah-Najib tukar drama pula? Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Abdullah sebagai tokoh ilmuan pemikir Islam Hadhari yang bakal membawa pemimpin Negara Islam bermesyuarat di KL nanti, tentu berasa serba salah jika dia berkeras, mahu membawa kes itu ke ‘secular court’.

Malulah dia kepada pemimpin Negara Islam yang lain. Itu pun, jika masih ada malu yang bertakhta dan hikmah kebijaksanaan yang bersarang pada hatinya yang sudah gelap-gulita itu.

Najib lagi tension. Dia beriya-iya mahu melihat Anwar jatuh melalui drama l.w.t pada kali ini. Tidak berbaloi juga menawarkan banyak wang kepada Saiful_____. Alih-alih, tidak dijatuhkan hukuman ke atas Anwar di dunia ini, tapi hanya Allah yang menghukum kedua-dua mereka di akhirat nanti.

“Mana boleh?” getus hati Najib. “Aku nak rosakkan imej Anwar di dunia ini. Nanti di akhirat kita cerita lain pulak la dengan Tuhan.” ... selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: