no2umno

Keuntungan IPP RM7,630,629 juta, subsidi dipotong 5% setiap tahun

In Belit BN on July 8, 2008 at 8:08 am

Suarakeadilan | Dewan hari ini diberitahu bahawa keuntungan sebelum cukai yang diperolehi syarikat Independent Power Produser (IPP) pada tahun kewangan 2006/2007 adalah sejumlah RM7,630,629 juta.

Jumlah itu dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Devamany S. Krishnasamy (BN-Cameron Highland) dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam sesi soalan jawab lisan.

Meskipun pada soalan asalnya Guan Eng turut meminta menteri berkenaan mendedahkan jumlah subsidi gas terhadap IPP yang terpaksa ditangguh kerajaan namun menteri berkenaan tidak menjelaskan perkara itu dalam jawapannya.

Walaubagaimanapun, setelah digesa Guan Eng, menteri itu akhirnya mendedahkan perkara tersebut dengan menyatakan nilai subsidi yang disumbangkan kepada syarikat itu adalah sejumlah RM35,695 juta setahun.

Nilai ini berdasarkan harga jualan gas kepada syarikat itu, sebanyak 70% lebih rendah daripada harga pasaran. Subsidi tersebut hanya akan dikurangkan 5% setiap tahun mulai Julai 2008 sehingga dihapuskan sepenuhnya 15 tahun dari sekarang.

Dengan keuntungan yang begitu besar serta diberikan ganjaran subsidi yang begitu tinggi (70%), jelaslah kenyataan Guan Eng dalam soalan tambahannya bahawa kerajaan BN memelihara kroni-kroni melalui syarikat IPP itu.

Menurut beliau lagi, 27 juta rakyat marhein pula terpaksa menanggung kesan kenaikan harga petrol berikutan tindakan kerajaan menarik semula subsidi akibat langkah penstrukturan subsidi bahan api itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: