no2umno

Ulasan Berita (Utusan Meloya)

In cklee on July 8, 2008 at 11:03 am

cklee

Nak tergelak ada, nak ketawa ada, nak frust menonggeng pun ada. Bila saya baca utusan online pada hari ini, air mata saya nak mengalir rasanya. Tak tahulah kerana saya suka atau kerana saya sedih. Terkejut juga apabila Pak Lah marah-marah. Ataupun dia buat-buat marah. Ataupun dia baru je mamai terkejut dari tidur. Atau.. atau…

Tajuk beritanya – PM: Satu pengkhianatan Perbuatan sebar fitnah, bohong timbulkan persepsi negatif negara

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 7 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perbuatan pihak tertentu menyebarkan fitnah dan pembohongan secara meluas sehingga menimbulkan persepsi negatif yang mengetepikan kebenaran merupakan satu perbuatan khianat terhadap negara.

Sambil meminta gejala itu dihentikan segera, Perdana Menteri menegaskan, suasana yang meresahkan rakyat itu berpunca daripada tingkah laku segelintir pihak yang ternyata tidak menghormati prinsip-prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Beliau berkata, pembohongan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media Internet seperti laman blog dan klip video dalam YouTube merupakan usaha untuk menggemparkan fitnah-fitnah berkenaan dan ia tidak mendatangkan kebaikan kepada negara.

“Prinsip-prinsip Rukun Negara nampaknya telah ternoda. Kalau tidak banyak, sedikit demi sedikit ia mula terjejas.

“Amat menyedihkan dengan keadaan yang berlaku… semuanya datang daripada sikap, perbuatan serta tindakan kita. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: