no2umno

Jangan terpedaya dengan hasutan media perdana

In Belit media on July 9, 2008 at 10:57 pm


alhusseyn51 | … Melihat tajuk-tajuk berita media perdana hari ini, kita akan dapat melihat kecenderungan mereka untuk melaga-lagakan PKR dan PAS.Mereka juga galak memperkatakan tentang isu Anwar yang dituduh meliwat Saiful. Saiful hantar Emel ke TV3 pun turut dijadikan modal cerita yang sensasi.

Peguam Anwar pertahan ‘qazaf’, tempelak Mufti Perlis dan Nik Aziz Lihatlah bagaimana mStar telah menggunakan ungkapan ‘tempelak’ untuk memprovok pihak-pihak tertentu.
Walhalnya, Tuan Guru Nik Aziz sekadar meluahkan pandangannya dimana beliau dilaporkan antara lainnya telah berkata:

“Bersumpah atau bermubahalah merupakan langkah paling akhir yang perlu dibuat selepas proses perundangan dijalankan.
“Tapi biarlah pihak mahkamah siasat dulu. Bersumpah adalah langkah yang terakhir,” kata Tok Guru itu.

Pengarang akhbar the Star dilihat lebih cenderung mencabar Anwar supaya melakukan ‘Mubahalah’ dan mempertikaikan langkah Anwar merujuk dakwaan liwat Saiful itu ke Mahkamah Syariah dengan kata-kata yang sangat menyinggung setiap orang yang beriman:

Pelik sekali, Malaysia yang tidak beramal dengan syariah Islam tiba-tiba mengusulkan kes liwat ini dirujuk pada Mahkamah Syariah? Dan mereka-mereka yang tidak pernah mengamal apa yang dituntut oleh Al-Quran tiba-tiba mengusulkan merujuk pada Al-Quran sepenuhnya.

Kenapa pengarang the Star mempertikaikan tindakan Anwar tersebut? Siapa dalangnya? Sedangkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempunyai undang-undang peruntukan ‘qazaf’ dibawah Seksyen 41‘Qazaf’Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Lihat beritanya di sini ... selanjutnya.

no2umno – Bersetuju dengan bro husseyn… korang perlu baca di MStar ...mula mula tengok macam artikel, tapi sebenarnya berita. Kalau blog … dah sah orang tuduh hasut. Tapi kat media arus perdana di panggil berita terkini berinformasi ke ape ke jadah. Tapi disitu tak der nama penulis artikel. Semua nya macam jadi persoalan. Macam ada yang diberikan upah untuk buat fitnah dan hasutan. Kalau artikel ni di lapur pada menteri berkaitan, nak tengok juga apa tindakan kerajaan. Di kategorikan fitnah atau apa? Sebab kes Anwar masih dalam siasatan. Nak tau tentang hasut dalam blog, korang baca ini Fitnah di blog: SKMM hanya bertindak bila ada aduan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: