no2umno

Anwar tuntut Hamid ‘RM100 juta’ maaf

In Anwar Ibrahim, Belit Hamid Lebar on July 11, 2008 at 12:02 pm

malaysiakini | …. KEMASKINI – Tokoh pembangkang itu juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika Syarikat yang boleh memusnahkan negara, agama dan bangsa.

syed hamid albarSyed Hamid dipetik sebagai berkata, Anwar bertindak sebagai “tukang lapor” negara kuasa besar itu ketika mengulas kenyataan Washington berhubung laporan polis kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu, akhir bulan lepas.

Menurut akhbar tersebut, menteri itu berkata setiap kali Anwar berdepan dengan krisis politik dalam negara, beliau akan mengadu perkara itu kepada negara tersebut.

Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai “spy” atau pengintip Amerika Syarikat.

Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang “spy” atau pengintip.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, peguamnya itu juga menyatakan Anwar “berasa sangat kecewa” dengan tindakan polis yang enggan menyerahkan satu salinan laporan yang dibuat oleh bekas pembantu sukarelanya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun.

Selepas cuba mendapatkannya dua kali sejak 29 Jun lalu, tambah Sankara, polis tetap enggan berbuat demikian dalam jawapan pihak berkuasa itu pada 2 Julai…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: