no2umno

Isu liwat: Ada yang termakan cili

In Anwar Ibrahim, Belit Jakim on July 11, 2008 at 10:59 am

Tidak lah di butirkan samaada Khutbah ada menyebut pihak pihak yang berkaitan, tapi bila ada sebutan ‘liwat’ di dalam khutbah, ada pihak yang terasa pedas pulak …


JAKIM politikkan isu fitnah Anwar dalam khutbah Jumaat?
MStar | ….”Belum tahu lagi biji butirnya, kesahihan kedua-dua pihak tetapi di dalam khutbah Jumaat sudah menceritakan hukum ‘qazaf’. Kenapa tidak dibincangkan isu bermubahalah yang pernah dibuat Nabi SAW dulu. Adakah kerana JAKIM tidak setuju maka isu itu tidak diberi tumpuan?,” katanya lagi.

Antara petikan khutbah yang dilihat ‘pro Anwar’ itu dakwanya lagi, apabila isinya menjurus menyentuh hukum qazaf dan hukuman tegas untuk orang yang terlibat dalam aktiviti memfitnah dalam Islam.

Petikan khutbah Jummat hari ini antara lain menyebut, “Dalam fitnah kes liwat atau zina misalnya, Islam memperuntukkan hukum qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan dikhalayak ramai. Hukum qazaf dikenakan jika penuduh-penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik. Pada prinsipnya hukuman di dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan, mendidik manusia dan bukan menghukum dengan sewenang-wenangnya.”

Sebelum ini Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan “membenarkan bermubahalah dan tidak diperbesarkan dakwaan isu liwat Anwar ini kerana dikhuatiri bakal membuka ruang kepada pihak lain untuk campur tangan, sekali gus akan menimbulkan kesulitan kepada negara dan masyarakat.”

Khutbah Jumaat pada hari ini ditutup dengan peringatan agar tidak memfitnah, tambahan “jika mangsa fitnah itu adalah orang yang beriman dan bukan kaki maksiat dan jangan begitu mudah memfitnah orang lain sekiranya kita tidak mahu dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak.”… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: