no2umno

Lebih 100 Ribu Banjiri PUTIK Dengar Penjelasan Isu Fitnah Anwar

In Anwar Ibrahim, Husam Musa, Kelantan on July 11, 2008 at 11:32 pm

msomelayu | PUSAT Terbiah Islamyiah Pas (Putik) di Pengkalan Chepa malam ini mencatat sejarah apabila lebih 100,000 orang hadir untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim berhubung isu dakwaan liwat ke atasnya yang diadakan di situ.
Kesesakan jalan raya menuju ke Putik diberitakan mengalami kesesakan lalu lintas teruk, sepanjang lima kilo meter. Putik menjadi tumpuan termasuk para peniaga sejak selepas Asar lagi.

Menurut saksi mata kehadiran malam ini mencatat sejarah kedua kali kehadiran mencecah 100 ribu dan menunjukkan isu tuduhan liwat ke atas Anwar benar-benar menarik perhatian rakyat Kelantan.

Ceramah malam tadi adalah dalam siri jelajah Malaysia dilakukan penasihat PKR untuk menjelaskan berhubung isu fitnah liwat ke atasnya oleh bekas Pegawai Khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Turut sama berceramah ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa dan Ahli Parlimen Machang. Saifuddin Nasution Ismail.

Ceramah berkenaan disiarkan secara langsung oleh tv internet Global Media Channel yang berpusat di Kota Bharu Kelantan.

Sudah pasti tumpuan orang ramai ke Putik malam ini ialah untuk mendengar sendiri daripada Anwar berhubung fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Bagaimana pun Anwar sedikit mengecewakan hadirin apabila tidak banyak mengulas isu berkenaan atas alasan beliau sudah malas untuk melayan fitnah berkenaan.

“Saya malas untuk mengulasnya. Lantaklah nak percaya atau tidak. Tapi lawan saya tetap lawan habis-habisan,” katanya.

… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: