no2umno

Najib Sudah Bersumpah, Anwar Bila Lagi?

In Anwar Ibrahim, Belit Najib on July 11, 2008 at 11:12 am

msomelayu | …Menurut laporan sebuah website pro Umno, mereka yang hadir bertepuk tangan mendengar sumpah Najib itu. Tepukan itu memberi semangat dan sokongan atas pendirian dan keberanian Najib. Dan beberapa orang Umno yang ditanyai berhubung tindakan itu menerima baik dan beranggapan dengan keberanian Najib itu menunjukkan Najib dipihak benar!

Apakah sumpah Najib itu bermakna mubahalah?
Apakah semasa sumpah itu Najib ada berniat (menyebut) kalau dia bertemu dan kenal Altantuya dia akan dilaknat Allah serta merta, ataupun tidak. Kalau beliau tidak menyebut (niat) begitu maka tiadalah laknat ke atasnya kalaupun dia memang kenal dan bertemu Altantuya seperti mana dakwa Balasubramanian dalan akuan berkanun pertamanya itu. Tidak pula dilapor dalam laporan itu mengenai hal ini.

Mubahalah yang betul ialah sambil menyebut dengan nama Allah sambil itu juga menyebut kalau apa-apa yang disumpah itu tidak betul maka Allah akan melaknat di dunia dan akhirat. Laknatlah yang akan menentukan apakah seseorang itu benar atau tidak!

Jadi kalau ikut peraturannya sumpah Najib itu (tidak mubahalah) ia tidak ke mana dan membawa apa-apa erti. Ia setakat dibibir sahaja. Najib tidak akan menerima apa-apa laknat kalaupun dia berbohong.

Biarlah, setidak-tidaknya Najib lebih berani berbanding dengan Anwar. Najib beriya menunjukan dan membuktikan kepada khalayak politik bahawa beliau berani berbuat atas kepercayaan beliau tidak bersalah. Mungkin Najib telah dinasihati oleh menteri agama dalam hal ini. Anwar pula sampai sekarang masih belum melapazkan sumpah demikian atas alasan ia tidak perlu.

Menurut Anwar ulama berbelah bagi dalam soal itu. Sekurang-kurang dua tiga orang ulama telah memberi pandangan agar beliau (Anwar) tidak perlu melakukan sumpah – mubahalah…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: