no2umno

Doakan Ezam Panjang Umur

In belit ezam on July 12, 2008 at 2:18 am

Marhaen | …Sepatutnya saudara himpunkan orang-orang PKR, sekiranya mereka bersetuju, dan basuh pemikiran mereka supaya masuk UMNO. Nak buat apa saudara kempen kat orang-orang UMNO. UMNO dah macam tu, dia tak jadi kuat, kerana ada sebahagian dari ahl-ahli UMNO dan juga pemimpin-pemmpin kanan nya sedang memerhati saudara, dengan penuh prejudis.

Bukan apa, takut- takut nanti ahli- ahli UMNO pulak yang akan tambah meluat dengan saudara,dan ramai pulak nanti yang akan meninggalkan UMNO.

Untuk rakyat Malaysia teramai, yang sudah tak sabar menunggu peralihan kuasa pemerintah di Putrajaya, khususnya ahli- ahli Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP, mohon di sini sama-sama kita berdoa semoga Allah memanjang umur Saudara Ezam, mungkin tak perlu mohon supaya diberikan taufik dan hidayah oleh Allah, kerana beliau yang memilih untuk lari dari keampunan dan rahmat Allah, tetapi untuk bersama-sama Presiden nya mencari Al Ghazali dan Al-Shafiei yang palsu.

Doakan ke atas saudara ezam panjang umur

Doakan ke atas saudara ezam panjang umur, supaya segala rangka kerja jahat beliau, bermula diterima masuk UMNO bulan lepas, diperlihatkan oleh Allah, untuk pengiktibaran generasi anak muda sekarang ini, sama seperti Almarhum Ustaz Fadhil Nor mendoakan, moga-moga Allah memajangkan usia Dato’ Seri [ sekarang TUN ] Dr. Mahathir Mohamad, bagi diperlihatkan segala kerosakan yang telah beliau cipta selama 22 tahun memerintah Malaysia.

Alhamdulillah, dipenghujung hidupnya pada usia 83 tahun beberapa hari lalu, penuh dengan bala, kesusahan, kesakitan, huru hara, kemelaratan, kerungsingan, kedaifan, kemurungan dan segala azab siksa…. selanjutnya.

no2umno – aku cuba bayangkan …
Masa dengan UMNO …. kutuk Pembangkang
Masa dengan PKR …. kutuk UMNO
Masa kembali pada UMNO …. Kutuk PKR
Apa pendirian EZAM? Lepas ni dengan siapa pulak dia? Kalau aku … kemana nak kusorokkan muka ini. Kalau Anwar tak betul, dulu di dalam UMNO sampai ke PKR, dia terus bersama. Penyokongnya dok ikut dia kemana pergi. Lepas ni kalau Ezam masuk lombong, semua pun terjun. Ezam ada pelampong, penyokong mati kembung. Apa dapat?

Malam tadi dia ceramah kat seksyen 19, Shah Alam. Dia bersama Khir Toyo … menggelembong habis. Disediakan jamuan untuk tetamu, orang belasah, lepas itu balik. Aku diantaranya. 13 hb nanti, PKR buat ceramah, di dewan yang sama. Tujuan diorang nak tolak fitnah dan hasut diorang… aku akan datang lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: