no2umno

Polis ambil keterangan Peguam Kumaresan?

In Balasubramaniam on July 12, 2008 at 3:04 pm

bernama – Polis hari ini memanggil peguam kepada R. Kumaresan, anak saudara penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, bagi merekod kenyataannya.

Peguam itu — N. Surendran — tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini pada pukul 3 petang dengan ditemani presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan tiga anggota majlis itu.

“Saya menerima faks daripada polis berhubung perkara ini pada pukul 3.45 petang semalam yang bertulis ‘…polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan berhubung kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan berkanun…’, dan arahan untuk mengambil keterangan saya adalah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas keluar daripada bangunan itu pada pukul 5 petang, beliau berkata: “Saya hanya menjawab sebahagian soalan kerana ia menyalahi etika guaman,” katanya.

Beliau berkata tindakan polis memanggilnya merupakan satu perkara luar biasa kerana kebiasaannya hanya anak guam yang dipanggil untuk direkodkan keterangan.

no2umno – Malaysia boleh !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: