no2umno

Debat: Terkini !!!

In Debat, Minyak naik on July 13, 2008 at 9:49 pm

Semua persiapan debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur berjalan lancar.Jika tidak ada sebarang perkembangan last minute yang menghalang ia akan disiarkan secara langsung tepat jam 9 malam esok 15 Julai.

Cuma sikit saja perubahan iaitu ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV9 ( jika menerusi Astro saluran 119 ) dan bukan menerusi TV3 seperti yang diumumkan sebelum ini.TV3 pula akan membuat siaran ulangan debat itu kemudian.Perubahan ini tidak dapat dielakan kerana TV3 terikat dengan program asal yang dijadualkan malam itu.

Selain TV9 ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani ( saluran 501).Promosi mengenai debat yang akan disiarkan menerusi TV9 sudahpun disiar menerusi TV3 dari masa ke semasa.Pada lewat petang Ahad pihak Bernama TV ( menerusi saluran Astro 502) juga menyampaikan keputusannya nak turut menyiarkan debat itu secara langsung.

Agendadaily selaku penganjur debat ini melihat kesediaan ketiga-tiga stesyen televisyen itu serentak menyiarkannya secara langsung sesuatu yang sangat positif dalam menengahkan budaya perdebatan secara intelektual mengenai sesuatu isu besar negara. – agendoldaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: