no2umno

‘Dewan Rakyat’ dah jadi ‘Dewan BN’?

In Belit BN Belit UMNO, Sidang Parlimen on July 13, 2008 at 2:39 pm

UMNO memang muka tak tau malu. Penyakit mengambil hak kerajaan untuk dijadikan hak sendiri, memang dah lama dipraktikkan. Banyak PBT yang sehingga kini menghadapi masalah dengan puak puak UMNO. Terutama tentang dewan dewan yang di dirikan menggunakan wang rakyat tetapi di salah gunakan. Dewan digunakan untuk aktiviti parti dan diluar dewan di letakkan sepanduk parti UMNO tanpa rasa segan dan malu. Sedangkan dewan tersebut untuk di gunakan rakyat tidak kira parti dan fahaman.

Apabila kerajaan negeri bertukar tangan, baru ramai yang tahu bahawa sebilangan kunci dewan dewan serbaguna, di pegang oleh ketua cawangan. Menyedihkan lagi, setelah kerajaan berubah, kunci kunci tersebut tidak mahu di pulangkan kepada PBT. Keadaan ini berlanjutan selepas kira kira 3 bulan selepas Kerajaan BN kecundang.

Kini, Parlimen mahu dijadikan harta BN. Rakyat di tegah untuk berkumpul. Sedangkan dewan di beri nama sebagai “DEWAN RAKYAT”. MP hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab untuk mewakili rakyat di dalam Sidang Parlimen.

Esok … Rakyat di larang untuk berada 5 kilometer dari Parlimen. Larangan tersebut di keluarkan oleh Nazri Aziz. Sehari selepas larangan itu dibuat, pihak polis pula membuat sekatan jalanraya dengan alasan pembangkang mahu adakan perhimpunan. Surat larangan yang dikeluarkan oleh Mahkamah, melarang DS Anwar dan penyokongnya menghampiri bangunan tersebut. Sedangkan Anwar tidak tahu menahu tentang sebarang perhimpunan.

Yang nyata, pada hari esok, satu usul tidak percaya kepada Perdana menteri akan di buat di Dewan Rakyat. UMNO dan BN kelihatan panik. Apa muslihat sekatan itu, kita tak tahu. Samada larangan dan sekatan jalanraya di buat untuk rakyat ataupun untuk MP yang bakal menyokong usul tersebut

Kalau lah Rakyat tidak boleh berkunjung ke Parlimen, maka eloklah Parlimen dijadikan sahaja hak UMNO. Kalau dulu dewan serbaguna di rampas oleh BN dan UMNO, selepas ini UMNO mensasarkan dewan rakyat sebagai hak peribadi mereka pula. Bila nak buang tabiat buruk ini, kita tak tahu. Hidup ibarat, Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.

Selepas ini, tukarkan sahaja nama Bangunan Parlimen dan dewan rakyat sebagai “Dewan dan Bangunan BN’. Biar UMNO dan BN puas hati. Mungkin selepas itu baru puas hati mereka.

Baca juga artikel dari blog Aminiskandar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: