no2umno

Jika ditangkap – Anwar mahu PAS, KeADILan dan DAP teruskan perjuangan

In Anwar Ibrahim on July 13, 2008 at 8:52 am

Imageharakah | …Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim mahu PAS, KeADILan dan DAP untuk meneruskan agenda perjuangan Pakatan Rakyat sekiranya apa-apa terjadi kepada beliau.

Beliau juga mahu agar rakyat turut sama meneruskan agenda perjuangan bersama pemimpin Pakatan Rakyat seandainya kemungkinan beliau dipenjara semula.

Perkara itu ditegaskannya semasa menyampaikan ceramah ‘100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah’ bersama-sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah di sini semalam.

Menjawab pertanyaan media bahawa wujud khabar angin yang mengatakan pihak keselamatan akan melakukan sesuatu ke atasnya, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

“Kita tidak tolak kemungkinan itu sebab kita pernah lalui dan watak yang sama juga masih main peranan, saya tidak tahu. Tetapi saya tidak tolak kemungkinan.

“Dulu kita tolak kemungkinan perkara itu berlaku, jadi kemungkinan itu ada. Saya cuma harap harap kali ini mereka hormat proses undang-undang,”ujarnya pada sidang media selepas ceramah tersebut. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: