no2umno

Media diingatkan jangan sebar fitnah

In Belit media on July 13, 2008 at 8:54 am

Imageharakahdaily | ….Ustaz Azizan dan Abdul Hadi pada ceramah tersebut sama-sama menyentuh mengenai gejala fitnah.

Memulakan ceramahnya, Ustaz Azizan membacakan maksud daripada ayat Quran yang menjelaskan bahawa orang yang memfitnah lelaki atau perempuan mukmin akan dibakar oleh api neraka.

“Orang-orang ini kerjanya memfitnah, kerana dia senang mencari makan dengan kerjanya membuat fitnah. Saya kata kepada mereka jangan membuat fitnah kerana orang yang buat fitnah ini dia mencari makan dengan cara fitnah.

“Dapat rezeki sama ada dia wartawan atau pemberita, bawa balik bagi anak isteri makan. Jadi dia beri anak isteri makan harta haram dan hidupnya pasti tidak diberkati,” tegasnya menghuraikan gejala fitnah yang menjadi-jadi sekarang ini.

Sementara itu, Abdul Hadi pula menyentuh peranan media agar tidak menggunakan kebebasan yang diberikan dengan menyiarkan fitnah.

Jelasnya, akhlak-akhlak kepimpinan Islam yang ditulis oleh para ulama di dalam kitab feqah diambil oleh orang barat dan diamalkan dalam demokrasi barat.

“Dalam dunia barat terdapat kebebasan akhbar, kebebasan media. Bukan bermakna kebebasan media ini Islam membenarkan gambar-gambar lucah, itu mengarut. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: