no2umno

Polis Mengawal Hantu!

In Belit POlis on July 14, 2008 at 1:50 pm

msomelayu | …ENTAH berapa ribu bakul maki hamun yang disumpahkan oleh pengguna jalan raja di sekitar ibu Kota Kuala Lumpur hari ini khasnya mereka yang terpaksa melewati jalan-jalan yang menghala atau melalui jalan ke Parlimen. Orang yang bertanggungjawab mengadakan sekatan jalan raya itu perlu menerima sumpahan itu.

Kesesakan teruk berlaku berjam-jam sejak dari awal pagi hingga ke saat ini –
4:14 pm. Keadaan bertambah buruk apabila sebelah petang hujan turun dengan lebatnya. Semua jalan melewati bangunan Parlimen dipenuhi kereta ada kalanya tidak bergerak langsung. Suasana ini sungguh merimas dan memualkan. Kesesakan yang sedia ada ditambah dengan apa yang berlaku hari ini!

Semuanya berlaku kerana sekatan jalan raya dilakukan oleh polis. Semua jalan, lorong dan denai menunju ke Parlimen dikawal rapi oleh polis. Bangunan Parlimen sudah menjadi seperti zoo yang mana seolah-olah di dalamnya menghuni binatang buas yang membahayakan kepada orang ramai.

Orang ramai juga tidak dibenarkan sama sekali memasuki ke bangunan Parlimen. Sepanjang jalan dari simpang memasuki ke Parlimen dipenuhi anggota polis. Sekatan jalan raya lengkap dengan trak dan anggota polis baik yang berpakaian seragam atau pakaian biasa berbaris dan bergelewatan di sepanjang jalan menuju ke bangunan Parlimen. Sekatan jalan raya berlapis-lapis.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: