no2umno

Protes tindakan polis, Anwar tidak mahu ke IPK

In Belit POlis on July 14, 2008 at 3:56 am

harakahdaily | … Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan tidak akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur, hari ini, seperti yang dilaporkan semalam.

Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, keputusan itu diambil memandangkan tindakan pihak polis mendatangi rumah Anwar bagi menyerahkan suatu perintah di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah pada Sabtu, 12 Julai lalu.

Malah, katanya pada Ahad, 13 Julai, pihak polis sekali lagi datang ke rumah Anwar dan mengganggu serta menuntut keluarganya menerima penyerahan perintah tersebut.

Pihak polis,mendakwa beliau enggan meninggalkan rumah Anwar dan menyebabkan keluarga Anwar berada di dalam ketakutan.

“Pihak polis dan anakguam saya (Anwar) telah mengambil kata sepakat untuk hadir di IPK hari ini, bagaimanapun dengan tindakan intimidasi ini, anakguam saya tidak akan hadir kerana terlalu kecewa dengan sikap tidak profesional polis,” tegas beliau dalm kenyataannya, kepada Harakahdaily, hari ini.

Anwar juga, menurut Sankara bersedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya polis bertindak secara profesional dan mematuhi persefahaman baik tersebut dan undang-undang.

“Walau apa pun, anakguam kami mengulangi kedudukan beliau bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya pihak polis tidak mengganggu beliau atau mengintimidasi keluarganya dan tidak memungkiri persefahaman baik tersebut, ” tegas beliau lagi. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: