no2umno

Seperti Medan Perang: Polis Bersenjata Kepung Parlimen

In Belit BN Belit UMNO, Belit POlis, Sidang Parlimen on July 14, 2008 at 6:32 am

Suarakeadilan | Seperti medan perang! Begitulah gambaran situasi di Parlimen hari ini berikutan kepungan polis. Dengan anggota bersenjata mengawal setiap laluan menuju ke mercu rakyat tersebut, ratusan dan mungkin ribuan kereta ditahan, diperiksa dan dipaksa mengambil laluan lain menuju destinasi masing-masing.

Dari dalam premis Parlimen, kumpulan-kumpulan peronda terdiri tiga anggota pegawai keselamatan bersenjata sub-mesingan meronda dan memantau pergerakan wartawan dan Ahli-Ahli Parlimen.

Di Dewan Rakyat, Pakatan Rakyat mempersoalkan keperluan kawalan ini, walaubagaimanapun ia dihalang Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia. Katanya, risikan pihak berkuasa memaklumkan pentadbiran Parlimen bahawa wujudnya anasir-anasir tertentu yang berkomplot untuk mengadakan demonstrasi di Parlimen.

Atas nama keselamatan, Pandikar berkata pihak Pakatan Rakyat tidak perlu mempersoalkan keputusan Ketua Polis Negara mengerah anggota polis bersenjata, unit anti-rusuhan dan polis trafik mengepung kawasan Parlimen.

Pakatan Rakyat bagaimanapun berkata Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar yang hadir di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan kepada Parlimen siapa, dan atas bukti apa, yang kononnya akan menganjurkan demonstrasi itu…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: