no2umno

Wakil rakyat Pakatan boikot Parlimen

In Anwar Ibrahim, Sidang Parlimen on July 14, 2008 at 8:48 am

malaysiakini | …. Selain mendapatkan perintah mahkamah menghalang perhimpunan di sekitar lima kilometer dari bangunan Parlimen, polis juga mengadakan sekatan-sekatan jalan raya sejak semalam bagi menghalang sebarang perhimpunan berhampiran bangunan tersebut (foto kanan).

Perhimpunan itu yang tidak dianjurkan oleh parti-parti pembangkang, dikatakan bagi menghadapi usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar semalam berkata Pakatan Rakyat dan partinya tidak terlibat dalam penganjuran sebarang perhimpunan hari ini.

“Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara ex parte oleh ketua polis daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (semalam),” katanya.

opposition pakatan rakyat parliament walkout pc 140708 02Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu “fitnah dan menyalahgunakan proses undang-undang.”

Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.

Usul itu diserahkan untuk dibahaskan Khamis lalu.

Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: