no2umno

Anwar di reman 24 jam

In Anwar Ibrahim on July 16, 2008 at 7:12 am

Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya Beliau ditahan polis di rumahnya kemudian, kira-kira sejam sebelum hadir di IPK Kuala Lumpur..

MStar | …Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat, ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di rumahnya.

“Polis mengatakan bahawa anda (Anwar) ditahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, Anwar akan direman 24 jam,” katanya.

Bagaimanapun Anwar tidak digari.

Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

Beliau ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya yang dibuat terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari.

Ketika ditemui wartawan di Putrajaya, Anwar berkata, beliau telah meminta proses memberi keterangan ditangguhkan kerana perlu hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat.

Kata beliau: “Oleh kerana waran tangkap sudah dikeluarkan, saya perlu berada di IPK Kuala Lumpur di sana dengan segera.”

Ketika ditanya mungkin ditahan, Anwar memberitahu, beliau sedia jika ditahan dan BPR boleh mengambil keterangan di lokap.”

Wartawan mStar Online yang berada di IPK Kuala Lumpur melaporkan Anwar dibawa dalam kereta polis dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: