no2umno

Anwar Unggul dalam Perdebatan dengan Ahmad Shabery

In Anwar Ibrahim, Belit Shabery Cheek, Debat on July 16, 2008 at 1:49 pm

dihantar http://bulanpenuh2012.blogspot.com

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya sebenarnya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery kerana telah menunjukkan keberanian yang tinggi menerima jemputan perdebatan ini. Beliau sekurang-kurangnya pemimpin yang berani daripada pihak kerajaan yang mana yang lain ‘menyorokkan’ kepala apabila dicabar pihak pembangkang untuk berdebat. Sebilangan yang lain pula hanya pandai bercakap ‘berapi-api’ dalam Parlimen tetapi senyap untuk berdebat satu lawan satu.

Kedua yang harus di puji adalah moderator utama Datuk Johan kerana bijak mengawal pada malam ini dan tidak menanyakan soalan-soalan ‘budak sekolah’ seperti wawancara dengan Tan Sri Dato’ Sri Hassan Marican baru-baru ini.

Yang menghampakan saya ialah Tan Sri Dato Dr Nordin Kardi, Assistant Moderator yang seperti ingin mengisi slot untuk dirinya dan tidak melambang seperti ‘taraf’ akademiknya. Beliau seperti Anwar telah bagitahu, seperti tidak ingin menanyakan soalan tetapi ingin ‘menunjukkan kepandaian’ dengan menerangkan isu-isu yang ramai orang telah tahu sebenarnya. Cth ialah IPP dan Oil&Gas pun tak boleh dihubungkaitkan. ( Anak Kematian Bapa- Bahagi Harta…. What the hell is this….)

Yang (kedua) menghampakan saya ialah Datuk Ahmad Shabery yang banyak menyerang Anwar dan bukan menanyakan mekanisme yang Datuk Sri Anwar akan buat untuk menurunkan harga. Habis semua sejarah lama diulanginya dan ini menampakkan ‘kecetekkan’ idea beliau yang mana rakyat akan menganggap tuduhan kepada Anwar adalah satu isu lama, kira macam tertembak diri sendiri ler.

Yang (ketiga) menghampakan saya terlalu banyak PETRONAS disebutkan oleh Datuk Ahmad Shabery kerana sebenarnya PETRONAS kurang relevan (minima) dalam isu perdebatan ini kerana PETRONAS telah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi pulangan yang besar kepada Kerajaan. Yang perlu diterangkan ialah apa Kerajaan telah buat terhadap duit PETRONAS yang diterima kerana Datuk Seri Anwar juga ada berkata, pengurangan beban Rakyat akan dilakukan dengan guna duit royalti daripada PETRONAS juga.

Yang mengarut : Isu demonstrasi dibangkitkan, isu konsert perhimpunan Protes tempoh hari, isu harga dengan TNB (zaman Tan Sri Ani) ~ takde la pulak isu ‘traffic jam’ dalam Kuala Lumpur ..

Yang hebatnya ialah Datuk Sri Anwar telah menemplak … isu perkataan subsisdi yang dianggap SUSAH oleh kerajaan sekarang (untuk kebaikan rakyat semua sebenarnya) tetapi senangnya perkataan “Bail Out” , ” menolong syarikat2 “, “menyelamat” syarikat GLC yang mungkin hanya membantu sebilangan yang kecil sahaja.

Yang (kedua) hebatnya Anwar masih dapat bersabar dengan tohmahan Shabery terhadap dirinya dan tidak membalas (ada, tetapi indirect seperti Shabery pernah mendokong Semangat 46 dahulu).

Yang (ketiga) hebatnya pengetahuan dan penjelasan Anwar terhadap mekanisme ekonomi Malaysia yang dijangka semakin parah dalam tempoh dua bulan lagi sekiranya tiada apa-apa yang dilakukan terhadap dasar-dasar ekonomi negara.

Yang (keempat) hebatnya DSAI yang pergi bersalam dengan Datuk Ahmad Shabery dan tidak sebaliknya. (Nampak sangat ‘humility’ in DSAI)

Kesimpulannya: Maaf, Datuk Ahmad Shabery bukan lawan Datuk Seri Anwar , DSAI menang tanpa kiraan semula dan saya kira tiada siapa yang meraguinya.

Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: