no2umno

Debat Shabery-Anwar: Muqaddimah

In Anwar Ibrahim, Belit Shabery Cheek, Debat, Penarikbeca on July 16, 2008 at 1:42 am

penarikbeca | ….Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya!

Memang, budak itu akan jawab, “aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu”.

Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata “mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk”, bla, bla, bla…

Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita.

Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, “hang tu suka buat kacau kat jalan!” Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la… Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia.

Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: