no2umno

Mustafa dakwa komplot terhadap Abdullah dan Anwar serentak

In Belit MUsa Hassan, Belit Najib, Gani 4 Tahil on July 16, 2008 at 9:33 am

siasahdaily | ….Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dalam blognya menulis, komplot ini sedang berusaha untuk membunuh karier politik kedua-dua tokoh itu dengan satu tindakan iaitu menangkap Datuk Seri Anwar selepas tuduhan meliwat seorang pemuda.

Beliau dipercayai mengulas tindakan polis menangkap Anwar di luar rumahnya ketika beliau mahu ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk memberikan kenyataannya kepada polis.

“Saya rasa, ada semacam satu komplot dalam Umno dan kerajaan sendiri yang cuba untuk mengambil kesempatan daripada suasana yang ada sekarang. Komplot ini bagi saya memang anti Anwar dan juga anti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” tulis Mustafa dalam blognya, Politik Malaysia yang dipostkan hari ini.

Lojiknya, kata Mustafa, apabila tindakan dibuat terhadap Anwar, jari akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan.

“Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa,” tulis beliau lagi.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: