no2umno

Satu nak turun harga minyak, satu nak pertahankan parti politik

In Debat on July 16, 2008 at 1:43 am

nore75reform | …Pada Nora mudah, yang mana menyebelahi rakyat, di situ Nora sokong. Apa yang Nora rasa ialah memang Shabery tak faham masalah rakyat atau tidak mampu mempertahankan tindakan mereka menaikkan harga minyak. Semakin terasa kenaikan harga minyak dan harga yang naik disebabkan minyak. Weiii terasa betul dan ini bukan main-main. Mungkin Shabery tak faham – tak payah bagi subsidi road tax – atau insentif lain tapi harga minyak jangan naik sebab harga minyak naik semua pun naik.

Nora teringat cerita Abang Jeff – dia pun seorang reformis dan aktivis pekerja yang buat kerja sambilan dengan membekal kuih Melayu dan tapai di sebuah hotel terkemuka di PJ.

Dia cerita pada Nora masa hantar kuih Melayu kat Hotel, Eksekutif Chef Hotel itu tegur kenapa kuih itu mahu dinaikkan harganya. So, Abg Jeff atau nama sebenarnya Jaafar pun berkata, boss harga minyak naik, boss. Eksekutif Chef itu pun kata, huh alasan la ini. Buat kuih bukan perlu petrol ! kata chef tersebut. Abg Jeff pun balas balik – betul tuan , betul saya silap , tak de kena mengena buat kuih dengan petrol, buat kuih mana guna petrol tuan, saya mengaku salah. Tapi esok tuan kalau kuih ini siap saya akan pos ke tuan. Tak guna petrol untuk hantar, kan tuan. Chef itu pun termenung. Nora bantai ketawa.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: