no2umno

Shabery yang kukenal

In Belit Shabery Cheek on July 16, 2008 at 1:23 pm

ibnugharib | …Masih terngiang-ngiang lagi di telingaku kata-kata atau ucapan Shabery sepanjang aku bersama-sama beliau suatu ketika dahulu. Antaranya, beliau ‘menterjemahkan’ akronim PERKIM yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Pertubuhan Kuda Islam Malaysia, kerana mungkin penglibatan Tunku dalam lumba kuda ketika itu. Selain itu slogan BN dalam satu pilihan raya umum semasa Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri iaitu Bersih Cekap Amanah (BCA) disifatkan oleh beliau sebagai Boros Curang Angkuh. Aku juga masih ingat apabila beliau menyebut bahawa, “Orang dahulu baca al-Quran nak pahala, tetapi orang sekarang nak piala” apabila merujuk kepada Pertandingan Membaca Al-Quran (yang selepas itu dikenali sebagai Musabaqah dan akhirnya sekarang ini Majlis Tilawah).

Malam tadi beliau muncul dalam satu program debat besar ala Debat Presiden Amerika yang disiarkan secara langsung oleh TV9, Bernama TV dan Astro Awani dan ditonton tidak kurang dari 10 juta rakyat Malaysia. Dengan rasa penuh wibawa dan selamba beliau sanggup berdebat dengan Anwar yang cukup terkenal sebagai seorang pemidato yang hebat dengan hujah-hujah yang padat.

Bagi Shabery barangkali inilah peluang untuk membuktikan kepada bossnya setelah beliau dilantik menjadi Menteri Penerangan dan meyakinkan kemampuan dan munasabah dengan jawatan itu. Tetapi terbukti mungkin ramai penyokong BN yang kecewa dengan cara dan hujah beliau dalam debat itu. Beliau banyak menggunakan pendekatan menghentam peribadi lawannya bagi mengalih perhatian dari tajuk yang didebatkan. Beliau ternyata gagal dalam pendekatannya itu, apabila Anwar tidak terpengaruh dan terperangkap dengan cara itu.

Walaupun banyak kali juga tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong beliau dalam dewan Dewan Bahasa dan Pustaka itu, bukanlah bermakna beliau berjaya dalam hujahnya atau mematahkan hujah lawan. Mungkin kalau orang dengar beliau bercakap seorang dengan fakta-fakta yang nampak macam hebat, tetapi apabila dijelas dan dipatahkan oleh lawannya, ternyata beliau mengutip fakta yang tidak tepat. Tetapi oleh kerana beliau seorang menteri, cakapnya sudah tentu nampak confident bagi meyakinkan orang.… selanjutnya.

no2umno – Siapa? Shabery ….. bukan ke dia tu tokey sabun dan pencuci mangkuk tandas?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: