no2umno

Syed Hamid dicabar buktikan Pakatan Rakyat rancang perhimpunan

In Belit Hamid Lebar, mahfuz on July 16, 2008 at 1:24 am

harakahdaily | ….Beliau turut mempertikaikan kesahihan maklumat dan sumber yang diperolehi sehingga menghasilkan tindakan yang menyebabkan rakyat menderita kesusahan.

“Apa asas maklumat tersebut dan bagaimana pihak polis begitu lemah sehingga dapat menerima maklumat yang serupa itu?

“Dengan itu, tidak hairanlah jika kita lihat sehingga kini pihak polis masih tidak dapat menangkap pembunuh adik Nurin Jazlin Jazimin dan gagal mengesan adik Sharlinie – ini suatu kelemahan yang ketara sistem keselamatan negara,” tegasnya.

Menafikan penglibatan PAS dengan perhimpunan yang diuar-uarkan di bangunan parlimen semalam, ahli parlimen Pokok Sena itu juga percaya pihak yang terlibat mempunyai agenda tersembunyi, yang sengaja ditimbulkan tanpa suatu tujuan yang jelas.

“Keadaan ini membahayakan semua pihak khususnya rakyat yang semakin hari semakin tertindas, bahkan ia juga adalah merupakan usaha untuk mencemarkan nama baik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat selain bermotif mencetuskan huru-hara,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua turut menyatakan perkara yang sama sambil melahirkan kekecewaan atas tindakan pihak polis dalam mengendalikan isu tersebut.

“Di mana pertimbangan beliau selaku menteri kabinet sehingga memutuskan suatu tindakan yang mengakibatkan rakyat terpaksa menghadapi kesukaran apabila terpaksa menanggung beban akibat kesesakan jalan raya yang melampau,” tegasnya.

Menurutnya lagi, perhimpunan bukanlah suatu perkara baru dalam sistem demokrasi negara ini sehingga menyebabkan pihak polis perlu mencetuskan suasana tidak selesa kepada seluruh rakyat di Kuala Lumpur.

“Apa kena mengena dia (Syed Hamid) dengan hal ini, langsung tidak profesional malah tidak pernah memikirkan kesan buruk akibat tindakan beliau terhadap rakyat. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: