no2umno

Adakah satu amaran?

In Anwar Ibrahim, Belit POlis on July 17, 2008 at 11:33 am

Suarakeadilan | Pejabat Anwar Ibrahim mengarahkan keselamatan rapi 24 jam menjaga keselamatan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seisi keluarga selepas terjadinya insiden menakutkan sedang mereka melawat Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Lif yang dinaiki Dr Wan Azizah berserta dua anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman tiba-tiba meletup, menyebabkan salah satu dari tali kabelnya terputus. Lif itu kemudiannya menjadi senget sebelum ia ditenggelami asap.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam ketika Dr Wan Azizah dan dua anaknya itu mahu menghantar persalinan dan kegunaan mandi kepada Anwar Ibrahim yang ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ditahan sekembalinya beliau dari Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan.

Bomba dipanggil ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir satu jam untuk membuka dan menyelamatkan keluarga Anwar Ibrahim.

Peguam Sivarasa Rasiah dalam satu sidang media di luar IPK berkata kejadian itu “mungkin disebabkan penyelenggaraan lif yang tidak baik”.

Polis meminta maaf diatas kejadian tersebut, dan membenarkan Dr Wan Azizah membawa naik semua anaknya menemui Anwar Ibrahim. Sebelum itu, polis hanya membenarkan Dr Wan Azizah ditemani dua anaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: