no2umno

Jalan terus sesak

In Belit POlis on July 17, 2008 at 1:23 pm

Hati siapa yang tak terbakar dengan jalanraya yang sesak tanpa alasan. Sejak Pagi tadi membawa ke petang, kebanyakan jalan yang menghala ke Kuala Lumpur, sesak dengan kenderaan. Bukan kerana kemalangan tapi kerana pihak polis membuat sekatan. Dah la minyak mahal, lebuhraya di kena kan tol dan kenderaan pula sesak menyebabkan penggunaan minyak lebih dari biasa.

Nak marah, dia berkuasa. Tapi bodoh pandai pihak tertentu, boleh dinilai di dalam membuat keputusan. Berikut adalah gambar yang sempat aku ambil tengahari tadi…rasa nak menyumpah. Ingatkan aku sorang….rupanya semua pengguna pun marah. Perhimpunan tiada, tapi ada yang mengada ngada.

Dah jenuh di sumpah sepanjang masa, tapi sekatan terus dan akan dibuat ….

Polis akan meneruskan sekatan jalan raya di seluruh Selangor untuk memantau perhimpunan haram dan mencegah kejadian yang boleh menggugat keselamatan awam, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, sekatan jalan raya itu juga bertujuan memastikan tiada elemen yang tidak sihat yang dibawa dalam perhimpunan tanpa permit sehingga boleh mengganggu kenteraman awam selain mencegah kejadian jenayah.

“Ada pihak yang cenderung anjurkan perhimpunan tanpa permit ini. Kita tidak tahu apa elemen yang dibawa sekali dengan perhimpunan itu jadi sekatan ini perlu untuk memantau mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Mencegah Jenayah dan Program Kejiranan di kawasan kilang di Seksyen 26, di sini hari ini.... Bharian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: