no2umno

Tak serang peribadi, tapi …..

In Belit Shabery Cheek on July 17, 2008 at 3:20 pm

Riuh satu opis pasal mulut Shabery yang berbuih. Ada yang kata mulut begitu untuk orang yang suka menipu dan ada pulak member yang kata, mulut orang yang tak der prinsip. Aku tak kesah, tapi merujuk kepada berita berikut mungkin ada kebenarannya ….

Kosmo!Ada cakap-cakap mengatakan di dalam siri debat semalam, Datuk mengambil kesempatan dengan menyerang Anwar secara peribadi?

Ahmad Shebery: Serangan peribadi yang bagaimana itu? Cuba beritahu saya. Bagi saya, ia bukan serangan peribadi tapi kalau saya cerita pasal perangai awak dan kegemaran awak itu mungkin serangan peribadi. Tapi kalau saya nak mengukuhkan hujah, saya perlu melihat kepada rekod peribadinya (track record) sebelum ini dan itulah yang saya lakukan semalam.

Kosmo!Sehingga sekarang bagaimana reaksi yang diberikan oleh rakan-rakan ahli Dewan Rakyat serta orang ramai?

Ahmad Shebery: Sangat baik. Saya terima beratus khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyokong saya. Tetapi apa yang lebih penting saya dapat menangkis ilusi beberapa pihak yang menganggap tak ada yang berani untuk berdebat dengan Anwar.

Kosmo!Bagaimana Datuk melihat perjalanan pidato semalam?

Ahmad Shebery: Saya amat berpuas hati. Sekurang-kurangnya ini merupakan satu langkah ke hadapan terutamanya bagi kementerian saya dan kerajaan.

Yang lain aku malas nak komen, cuma satu ni …“Bagi saya, ia bukan serangan peribadi tapi kalau saya cerita pasal perangai awak dan kegemaran awak itu mungkin serangan peribadi.”

Cakap berbelit belit. Bukan serangan peribadi tapi serangan peribadi. Cukup satu bukti kebenaran telahan kawan kawan tentang sikap pemilik mulut berbuih. Kalau korang nak terus muntah dengan kenyataan dari Shabery… klik berita SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: