no2umno

UMNO dan ular …. ketuk mana dulu?

In Belit BN Belit UMNO on July 17, 2008 at 5:53 am

Umno sudah rosak. Kalau dulu pemimpin nya kencing berdiri, sekarang ahli UMNO dah pandai kencing berlari. Kalau biarkan hidup, UMNO akan kencing berlari sambil menari nari. Punah semuanya.

Aku tak pernah nak cuba percaya pun kepada UMNO. Kerana sikap dan tabiat pemimpinnya sudah sampai ke tahap nazak. Ibarat anjing, UMNO pun sudah tersepit. melolong dan menjerit untuk di selamatkan. Dah selamat, tangan kita di gigitnya.

Ramai lagi Orang Melayu yang tidak sedar bahawa UMNO selama ini lebih mementingkan diri dan barisan kepimpinan mereka. Kerana itu dengan modal yang berbillion billion, UMNO hanya mampu menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang kelihatan hanya maju, tetapi sebenarnya mundur. Bangunan tercacak cacak, tapi rakyat miskin bertambah tambah. Topeng kemajuan yang dipakaikan pada muka rakyat dan negara adalah topeng yang tunggu masa untuk terlucut.

Kalau di tanya, Perlukah PAS bermuzakarah bersama UMNO, maka jawapan aku adalah UMNO tidak perlu bermuzakarah, kerana UMNO sudah lama jadi arwah. Kalau masih belum di tanam … ia perlu di TALKIN kan. Kalau masih hidup, di putuskan sambungan hayatnya. Pastikan ia tidak hidup lagi kerana hidupnya UMNO, menyusahkan bangsa Melayu.

Aku tidak tahu samaada betul atau tidak berita yang diterima. PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO. Lama dah cerita ni, tapi aku buat derk je. Tapi baru baru ni, TV siarkan ada pemimpin PAS dan UMNO mahu bincang soal ummah. Tindakan PAS aku percaya, tapi soalnya sekarang, sejak bila pulak UMNO perihatin soal ummah? Selang dua tiga hari …. Najib pulak bercakap, kalau PAS hendak bermuzhakarah, jangan letak syarat. SAH …. UMNO takkan berubah.

UMNO tinggal nyawa nyawa ikan. Hidup tak cukup air, mulut terbuka tertutup. Kalau dulu UMNO kukuh kerana di apit kiri dan kanan oleh MCA dan MIC. Bila MCA dah kucar kacir dan MIC bakal jadi mendiang …. UMNO terumbang ambing. Di tiup angin, condong ke barat, ikut matahari terbit. Bila tumbang ke kiri … masuk kubur, kita tinggal baca doa talkin. Kambus … dan tinggalkan pergi. Biar diorang menjawab. Dah puas gua membebel … tiba tiba tertengok berita ni ….

hadi awang 00“Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut,” kata TG Haji Hadi. – Malaysiakini

Pergh lega rasanya … saja je bimbang … Bukan aper. Kalau jumpa ular dengan UMNO, tibai UMNO dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: