no2umno

Buktikan 4 FAKTA, baru serah DNA

In Anwar Ibrahim on July 18, 2008 at 11:35 pm


Bernama | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang dalam siasatan polis kerana tuduhan meliwat, meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

“Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

“Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik yang dihadiri lebih 1,000 orang di Cheng di sini malam ini.

Katanya sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya “corrobotive evidence” (bukti yang memberi pengesahan)…. selanjutnya.

Sementara pihak Polis berdalih tidak mahu menyerahkan lapuran polis yang dibuat oleh Sayfool dengan alasan berikut ,

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan pihaknya tidak akan menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selagi tiada pertuduhan atau pendakwaan di mahkamah dilakukan.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menyerahkan mana-mana laporan polis oleh mana-mana individu kepada individu termasuk suspek atau peguamnya selagi suspek berkenaan tidak didakwa.

“Itu prosedur biasa… memang kita tidak akan beri laporan polis kepada sesiapa sebelum didakwa. Dia (Anwar) belum didakwa, mana kita boleh beri (laporan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – Utusmeloya

Kalau lah berani kerana benar, isu ini tidak timbul. Peguam tidak bertanya pada bahan sekiranya tiada berdasar undang undang. Melainkan ada pihak yang bimbang, jika lapuran itu sebenarnya tidak lengkap dan pincang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: