no2umno

Jika Polis Profesional, Kes Ini Ditutup – Anwar

In Anwar Ibrahim, Belit POlis on July 18, 2008 at 12:38 am

suarakeadilan | Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yakin tuduhan yang dibuat ke atas beliau oleh Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak berasas sama sekali sekiranya pihak polis menjalankan penyiasatan kes dengan professional dan telus.

“Jika polis menjalankan siasatan secara professional, kes ini tutup,” tegas beliau disidang akhbar pertama di rumahnya selepas dibebaskan pada hari Khamis pukul 9.40 pagi atas jaminan polis.

Beliau ditahan polis berhampiran rumahnya pada hari Rabu kira-kira pukul 1 tengahari dan terus dibawa oleh pasukan polis seramai 20 orang ke IPK KL untuk mengambil mengambil keterangan beliau.

Polis dijangka mengambil keterangan dari Anwar sekali lagi pada 18 Ogos ini di IPK KL pukul 9 pagi.

Anwar juga turut menyelar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin di atas sikap angkuh dan kenyataan beliau yang dianggap satu pembohongan.

Mohd Bakri sebelum ini memberi gambaran seolah-olah Anwar enggan ke IPK setelah selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah pada sebelah pagi hari beliau ditahan.

“Bakri bercakap dengan penuh keangkuhan seperti Ketua Polis Negara pada 1998.
“Sebagai pegawai kanan polis beliau tidak boleh berbohong setelah pihak kami memberi perakuan kepada polis untuk datang ke IPK memberi keterangan,” kata Anwar lagi.

Mengenai pengambilan DNA beliau, Anwar berkata pihak polis sudah pun mengambil sampel darahnya secara paksa dari simpanan Hospital Kuala Lumpur pada 1998.

“Saya enggan memberi sampel darah saya kepada polis atas nasihat peguam dan pakar perubatan.

Pagi Rabu lalu Anwar memberikan keterangan hampir dua jam di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan laporan polisnya pada 1 Jun terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anwar mengemukakan kepada BPR keterangan dan semua bukti berhubung dakwaan pemalsuan, melenyapkan fakta dan pemalsuan laporan doktor forensik yang dakwa beliau didalangi oleh Abdul Gani dan Musa.

Berhubung laporan polis yang dibuat Mohamad Saiful Bukhari terhadapnya, Anwar menjelaskan sehingga kini pihak polis gagal menyerahkan satu salinan kepada beliau.

“Kalau pun di beri sekarang apa jaminan laporan polis tersebut tidak dipinda oleh polis.

“Bakri berkata polis menjalankan tugas mereka secara professional tetapi laporan polis pun tidak diberi walaupun beberapa kali kami minta, adakah ini professional?,” tanya Anwar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: