no2umno

STATE OF WAR: satu lagi projek kerajaan BN

In Belit BN Belit UMNO, Belit POlis on July 18, 2008 at 3:03 am

tranungkite | ….Dulu ,sewaktu Hindraf menuntut hak, disebarkan berita kononnya orang India akan merusuh serta sejumlah senjata telah dibawa masuk.Kini terbukti berita itu palsu dengan orang India hidup aman makmur bersama bangsa lain di tanah Malaysia.

Kini, muncul pula berita yang kononya rakyat dibawah pengaruh DSAI akan merusuh di Parlimen sempena usul tidak percaya kepada PM yang dibawa oleh ketua pembangkang.Dengan berita yang diada adakan ini, Polis sertaTentera dikerah untuk mengawal rakyat seolah rakyat Malaysia ini jenis Barbarian yang suka kepada keganasan.Akibatnya warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang terpaksa mengharungi lautan polis sepanjang perjalanan mereka memulakan minggu.Peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana kesesakan ini,petugas pejabat terpaksa lewat masuk pejabat,ibu ibu yang menghantar anak anak ke sekolah juga terpaksa berhempas pulas.

Sungguh malang nasib rakyat Malaysia yang di lebelkan sebagai pengganas oleh kerajaan sendiri dan terpaksa berdepan dengan pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata.Ganas sangat ker rakyat Malaysia? Apakah senjata yang ada di tangan rakyat sehingga kerajaan terpaksa menggunakan kekuatan pasukan keselamatan ke peringkat maksima?

Apakah begitu hina dan tidak bertamaddun rakyat Malaysia?Sehingga kerajaan sendiri yang diharap menjadi pelindung telah bertukar menjadi penindas? Bak kata orang, harapkan pagar,pagar makan padi.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: