no2umno

Streamyx macam sial

In EMAIL, Streamyx on July 18, 2008 at 3:08 am

Ini email yang diperolehi dari pelayar no2umno ……

Saya alami masalah kewangan, Streamy tertunggak dan setelah dapat wang, saya pun membuat pembayaran. Sebelum ia di potong, saya ke Public Bank dan memasukan jumlah tunggakan sebanyak RM350.00. Setelah di bayar, selang sehari, streamyx saya tetap di potong.

Saya menalipon terus menalipon 1300889515, bahagian penyambungan semula. Setelah penerangan di buat, saya mendapati mereka telah tahu status pembayaran wang yang saya masukkan pada hari semalam. Mereka menjelaskan jumlah dan waktu, wang itu dimasukkan. Mereka turut mengaku bahawa pemotongan di buat selepas pembayaran. Dan saya meminta mereka untuk membuat penyambungan semula.

Panggilan itu saya buat pada hari Selasa, jam 3.00 petang. Selepas itu mereka berkata bahawa penyambungan akan dibuat di dalam tempoh 24 jam.

Belum selesai tempoh waktu itu, saya menalipon mereka pada keesokan harinya, di sebelah pagi, untuk kepastian. Pegawai bertugas memberitahu, dia tiada sebarang rekod panggilan saya pada semalamnya. Lantas di mengambil semula lapuran dan nombor resit resit sekali lagi. Dia turut berjanji akan membuat penyambungan semula di dalam tempoh yang sama, 24 jam bermula pada pagi itu.

Sekali lagi saya di janjikan dengan cerita yang sama.

Di tanya tentang berapa segerakah talian Streamyx boleh di sambung semula, mereka enggan jawab. Mereka kata tidak tahu dan tidak boleh memberikan penjelasan.

Di dalam tidak sedar, jumlah panggilan caj Prepaid sepanjang panggilan saya untuk dua hari berhubung dengan Streamyx telah menjangkau ke jumlah RM23.00. Wang Prepaid saya di sia siakan dengan pengumuman yang tidak bersangkutan dan saya sering di arahkan menunggu sementara menanti mereka membuat pemeriksaan.

Saya bercadang untuk memotong perkhidmatan Streamyx dan mengubah kepada sistem yang lain. Kalau wak Raden dan pembaca ada saranan, sila berikan. Saya sudah tidak mahu berurusan dengan Streamyx walaupun perkhidmatannya sudah saya gunakan selama 3 tahun. Sepanjang tempoh itu, sudah beberapa kali saya menghadapi masalah yang sama.

Harap maklum dan terima Kaseh

Azizxxxx@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: