no2umno

Cesss ….. Aku tak merasa lagi.

In Belit Dollah, Minyak naik on July 19, 2008 at 4:13 am

Selepas kenaikan harga minyak yang terbaru ini, maka banyak lah desas desus tentang ada nya usaha usaha terbaru untuk memasuki pasaran. Semua info melalui email yang wak terima hampir tepat. Wak terima sebelum pilihanraya lagi. Tiba tiba semalam, cerita ini disiarkan di dalam TV. Kawan kawan pun kecoh call wak beritahu pada benda yang sama ini.

‘Teknologi ini bukan untuk teksi sahaja tetapi juga untuk kereta yang lain, kenderaan persendirian juga boleh guna peralatan ini dan ia amat menjimatkan penggunaan petrol.

“Saya sebenarnya sudah lama mendengar tentang teknologi ini dan apabila ia sudah siap Dr. Halim Mohd. Ali (Presiden HFI) menjemput saya untuk melihatnya.

“Dia juga kata peralatan tersebut telah mendapat pesanan dari luar negara, jadi elok rakyat Malaysia mengetahui kewujudan teknologi ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Teksi Hydrofuel di Dataran Putra di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Hydrofuel dihasilkan selepas kajian awal dilakukan selama lima tahun iaitu dari 1997 hingga 2002 dan kemudian pada 2006, syarikat itu mengorak langkah mengkomersialkan produk berkenaan.

Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air paip sebagai bahan bakar dan sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah. – Utusmeloya

Teka teku, teka tekuk, Siapa yang kena tipu, siapa yang kena ketuk? Tahniah la pada sesiapa yang meciptanya, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang rekaan itu, sila klik gambarajah di atas, atau KLIK SINI . Tapi … website pun under construction. kah kah kah.

Yang paling malang adalah aku. Ini kerana aku pakai kereta kategori 2,000 cc ke atas. Dah la rebate tak dapat, Hydrofuel ini pun aku tak boleh guna. Makanya, wal asal balik asil, itu pasal tak hasil ….. Huhuhuh ….

Tapi cuba korang check di SINI. Fungsi produknya sama, tapi tak di jual di sini. CC 2000 ke atas pun boleh guna. Aku nak tanya …. kalau aku bawa masuk ke Malaysia dan lancarkan, korang rasa aku dapat komisen gak ke? Ini mesti kena tanya Pak lah …..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: