no2umno

DNA yang ada, sudah lama?

In Anwar Ibrahim, Dollah Pening on July 19, 2008 at 12:02 am

Aku rasa Abdullah tidak faham tentang DNA dan penggunaannya. Sedih aku … huhuh. Baca komennya di dalam Malaysiakini, gua petik sikit

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.

“Jadi kita kena minta yang baru,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

Mengulas perkara itu, Abdullah berkata beliau telah bertanyakan pihak berkenaan mengapa mereka memerlukan DNA Anwar yang baru.

Katanya, mereka memberitahu beliau bahawa contoh DNA itu sudah lama dan mereka perlu ambil sekali lagi.….Malaysiakini

DNA untuk pengesahan diri, tak der kena mengena lama dan baru. Sedangkan DNA cicak yang mampu putus dan tumbuh semula ekor, DNA nya tetap sama. Aku mempunyai seorang PM seperti ini? Lebih baik aku lantik INUL DARASTITA jadi Perdana Menteri. Mungkin lebih bijak. Inul jadi PM, Pak Lah goyang gerudi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: